Video feed PASKAL TLDM take down lanun Somalia

Video feed ni baru td malam ditunjukkan secara eksklusif oleh Berita Utama TV3. So, maybe ada yang terlepas tengok di fb, aku post kat sini je… Enjoy!!!

p.s. : Tahniah PASKAL! Mengharumkan nama Malaysia.

 

Posted in angkatan tentera malaysia, military, PASKAL, TLDM | Leave a comment

Kuantan AFB – Open Day

Wuuhuuuu.. Lama betol aku tak update post baru di blog ni. Since aku sibuk dengan keje2 FYP & assignment yang menimbun tambah lagi dengan quizzes & phase test, malas sket nak update blog nihhh.. Cerita masa di Hari Terbuka Tentera Darat di Dataran Merdeka pon aku tak update lagi. Kalau aku sempat, nanti aku upload foto je la masuk sini.

Haa… Hari ni rasa nak bebel pasal Hari Terbuka TUDM Kuantan sempena memuliakan Perayaan ulangtahun Jubli Emas Sultan Pahang yang juga Kolonel Yang DiPertua TUDM, KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA’AIN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI’AYATUDDIN AL-MU’ADZAM SHAH. Event ini juga merupakan PRE-LIMA’11 untuk TUDM dan pada event ni, TUDM menunjukkan kekuatan hampir kesemua pesawat tempur yang ada dalam pegangan aset diorg dengan menerbangkan kesemua pesawat-pesawat tempur berkenaan untuk dipertontonkan kepada orang awam.

MB-339CM "Young Tigers" taxiing ke runway sebelum take-0ff

Ini kali kedua aku attend Open Day TUDM. Sebelum ni Pangkalan Udara TUDM Butterworth. Tapi masa di Butterworth, diorg buat pameran statik je, tak de air show. Masa di Butterworth, sape yang datang boleh tengok dengan lebey-lebey dekat setiap aset-aset pegangan TUDM, boleh sentuh lagi. Tapi di Pangkalan Udara TUDM Kuantan tak leh sentuh. Diorang buat garrison. Tapi tak pe la, since aku da penah sentuh sume aircraft masa di Butterworth, tak rasa ralat sangat.. Hahahhaa…

MB-339CM "Young Tigers" take-off!!

Kenapa aku panggil MB-339CM ni “Young Tigers”?

Sebab yang fly aircraft ni sume pilot-pilot muda yang lebey kurang sebaya aku je. Diorang ni antara future ace TUDM di masa depan yang bakal terbangkan pesawat-pesawat yang lebih canggih lagi dalam TUDM mcm Sukhoi, F/A-18D Hornet, F/A-18F Super Hornet, Hawk & MiG-29. Jadi, sebelum diorang boley terbangkan pesawat-pesawat yang lebih berkuasa tinggi tu, diorang perlu terbangkan MB-339CM ni dulu sebagai persediaan untuk terbangkan pesawat-pesawat fighter.

Sebelum tu, ada pertunjukan aerobatik dari pesawat Aero-3.

Aero-3 taxiing to runway

Habis je Aero-3 buat airshow, Young Tigers take place pulak….

Young Tigers fly-by

Young Tigers again. Fly-by

Semua orang ternanti-nanti Smokey Bandits buat show! Eksklusif untuk korang yang takde FB aku. Banyak aku upload foto-foto Smokey Bandits masa show ni dalam FB. Tapi yang takde FB aku, boley laa tengok disini je…

Smokey Bandits' MiG-29 taxiing to runway for take-off

Pact of MIG-29's Smokey Bandits taxiing to runway

The pilot of Smokey Bandits

Flypass by Smokey Bandits

Smokey Bandits!!!

Smokey Bandits X!!

Smokey Bandits Fly-by

Smokey Bandits aces the sky!

Flares!!

Smokey Bandits float!

Smokey Bandits aces!

Landing....

Touch the ground!

Oke. Itu show dari Smokeys. Layan pulak show dari Hornet.

Hornet D Apha Hike

Hornet D solo show

Hornet Fly-Pass

Awesomeness!!!

Masa di Hari Terbuka tu, kelihatan jugak pasukan komando TUDM, Paskau menjaga keselamatan di tempat pameran pesawat.

Anggota PASKAU menjaga garrison

Anggota-anggota PASKAU

Hawk yang diberi peranan sebagai Close Air Support juga tak kurang hebat jugak.

Hawk taxiing to runway. The helicopters at the background is LOH belongs to PUTD

Taxiing to runway

Pact of Hawk Fly-by

Tak ketinggalan jugak, Nuri pon buat show.

Nuri flying

Oke. Ramai yang tak sempat nak catch a static photo F-5E Tiger. Taw sebab apa?? Tgk video di bawah ni….

F-5E ni laju tak laju la, kelajuan jet lebih laju dari kelajuan bunyi. Breaking the sound barrier!

Posted in Aero-3 Aerobatics, angkatan tentera malaysia, BAe Hawk Aerobatics, event, F/A-18D Hornet aerobatics, F5E Supersonic, MB-339CM, military, Pangkalan Udara TUDM Kuantan, smokey bandits, tudm | 3 Comments

Pameran Tentera Darat: Post ringkas

Hahahhaa… Terbakar tak tengok gambar ni? Ni adalah askar masa depan Tentera Darat Malaysia. Masih dalam peringkat percubaan. Sekarang, anggota infantri Tentera Darat akan setanding Singapura dan Thailand tak lama lagi. Tapi masih jauh untuk “melahirkan” askar masa depan Tentera Darat ni.

Apa-apa pun tunggu post yang panjang nanti. Tak sempat nak update malam ni. Apa pon celoreng harimau belang memang masih rasional dalam Tentera Darat. Tak payah nak ikut sangat negara lain guna digital pixelated camou.

Posted in angkatan tentera malaysia, event, tentera darat malaysia | Leave a comment

SELAMAT ULANGTAHUN KE-78 TENTERA DARAT MALAYSIA

Crest Tentera Darat Malaysia

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Jumpa lagi kita di post terbaru ni.  Post kali ni panjang. Jadi, amek laa masa baca yerr… Sepanjang minggu lepas takde ape-ape cite nak di-post pon sebab sibuk dengan phase test. Jadi, minggu ni aku free sket laa sebab dah mula midterm-break.

Hmmm… Aku rasa sempat lagi untuk aku ucapkan selamat ulangtahun ke-78 Angkatan Tentera Darat Malaysia. GAGAH SETIA! Untuk pengetahuan semua, Hari Ulang Tahun (HUT) Tentera Darat Malaysia (TDM) disambut pada tanggal 1 Mac setiap tahun. Layan  march song TD ni dulu…

Bercerita tentang sejarah penubuhan TD ni, ianya bermula dengan usaha untuk menubuhkan satu pasukan pertahanan yang dianggotai oleh anak-anak Melayu.  Usaha ni bermula semenjak tahun 1902 lagi.  Banyak perbincangan oleh Raja-Raja Melayu dan Penasihat-Penasihat British telah dijalankan bagi mewujudkan pasukan ni.  Dalam tahun 1913 Almarhum DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Muhamad ibni Yam Tunku Antah, Almarhum DYMM Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar Shah, Almarhum Raja Di Hilir Perak, Raja Sir Chulan dan Allahyarham Undang Rembau, Datuk Abdullah bin Haji Damad telah menyuarakan hasrat menubuhkan pasukan Askar Melayu. Hasrat Raja-Raja ni telah menjadi kenyataan apabila di dalam Persidangan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 23 Januari 1933, Rang Undang-Undang Askar Melayu telah diluluskan dan dikenali sebagai Undang-Undang No. 11. Bagi menyahut seruan untuk mempertahankan ibu pertiwi, lebih dari seribu pemuda-pemuda Melayu tampil dari pelusuk tanahair telah tampil menawarkan khidmat mereka, tetapi hanya 25 orang sahaja yang berjaya dipilih sebagai pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu.  Mereka telah diarahkan untuk melapor diri ke Haig Lines (sekarang IPDA), Port Dickson untuk memulakan latihan pada 1 Mac 1933.

Nak tahu lebih lanjut pasal sejarah TD, tengok atau download video ni. Bagus untuk anak-anak muda generasi sekarang hayati pengorbanan yang tak ternilai ni dan MESTI TENGOK.

part I

part II

part III

part IV

Mesti ada yang bertanya aku enthusiast sangat dengan ketenteraan ni. Darah yang mengalir dalam badan aku ni memang ada darah askar. Kedua-dua allahyarham datuk aku, iaitu ayah kepada ayah aku dan ayah kepada mak aku adalah adalah anggota ASKAR MELAYU di Tanah Melayu / Malaysia pada masa dulu. No wonder memang aku enthusiast. Bagi aku sebagai orang awam, aku terjemahkan semangat patriotisme aku pada negara ni dengan menyokong apa jua aktiviti dan operasi tentera Malaysia dan membantu orang-orang awam yang lain faham akan tugas seorang anggota tentera. Tambahan lagi tentera darat kita merupakan tulang belakang pertahanan negara ni, sesuai dengan cogankata, “tentera dan rakyat berpisah tiada“.

 

Sempena dengan hari ulangtahun ke-78 TD, nak jugak aku buka balik buku sejarah kecemerlangan TD di mata dunia amnya.

foto ni di-kredit kepada azri zainul.

Nama Tentera Darat Malaysia amnya dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khasnya bukan asing lagi di mata dunia. Di era 80-an dan 90-an, ATM telah meletakkan nama tentera Malaysia sebaris dengan nama-nama pasukan tentera utama dunia apabila banyak menyertai misi-misi pengaman PBB (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu). Antara misi-misi yang banyak memberi kesan kepada TD dan ATM adalah misi pengaman di Somalia. Peristiwa di Pasar Bukhara tu sangat memberi kesan yang mendalam kepada TD dan Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) khasnya. TD dan ATM berbekalkan semangat keperwiraan pahlawan Melayu, rela berkorban jiwa dan raga demi mengekalkan keamanan sejagat. Tonton video di bawah ni tentang Misi UNOSOM 2 yang disertai TD.

Sape yang penah tengok filem Black Hawk Down, ni lah kisah yang sebenarnya bukan macam yang diceritakan oleh US tu. Cerita mengenai keberanian anggota TD di Somalia saya ambil dari forum Panggilan Pertiwi, sebuah forum yang didedikasi hanya untuk para patriotik dan pencinta negara ni dan membincangkan mengenai isu-isu ketenteraan negara ini dan luar. Yang menceritakan kisah ni adalah seorang bekas sniper, callsign Sniper_Gunung.

Pada 17/7/94 jam selepas isyak Ssjn Azman baru beli camera dari PX tentera asing lalu memanggil kami semua untuk bergambar. Selesai bergambar beliau berkata esok nak berjalan jauh. Berjalan jauh itu bermaksud ada misi sulit untuk mengambil source di RV dan terus ke airport dan selesai hantar source ke RV berlainan. Tim kami pada masa itu bertugas di bahagian U2 iaitu Unit Risik dan keselamatan UNOSOM. Selesai bergambar Sjn Zaidi ada mengajak saya untuk ikut sekali konvoi mereka kalau mahu. Saya terpaksa menolak kerana pada hari kejadian Tim sniper deploy ke hide kami di K4 berdekatan pasar Bakara. Jadi yang pergi pada esok harinya adalah PWII Mohamad, Ssjn Azman, Sjn Zaidi, Kpl Ahmad, Lkpl Ganie dan ada berberapa lagi anggota yang saya tak ingat nama mereka.

Pada jam 0400hrs tim saya bergerak ke kawasan hide kami saya ambil kedudukan di atas kilang sabun empat tingkat. Saya dan spotter saya Hasmizi Lonjong pun buat pemerhatian terperinci dan kasar. ROE sasaran kami adalah Militia yang membawa RPG, senjata peluru berantai dan pengendali Teknikal (4X4 yang ada mounted HMG).Dari pagi hingga petang tak ada rezeki. Pada petang itu ada NGO dapat memintas channel freq radio saya dan memberitahu ada tentera asing diserang hendap dan ada 2 kia termasuk wia. Kesemua mereka ditahan oleh Militia. Bila dia sebut tentera asing saya tak endahkan. Selang 20 minit saluran radio saya menjadi sibuk, kesemua panggilan dari markas Malbatt. Mereka memberi arahan untuk standby untuk pergi bertempur di pasar bakara. Saya tanya pasal apa dan mereka beritahu konvoi kita kena ambush. Tersentak saya kerana berita yang saya terima dari NGO tu kawan saya. Apa yang saya diberitahu kita punya panglima, General Aboo Samah warning General Farah Aidid kalau tak bagi tentera kita yang cedera dan yang mati bakara market akan hancur sekali lagi. Tempohnya pukul 2359hrs. Lebihkurang jam 2330hrs saya diarahkan turun ke RV untuk pergi ke kawasan dimana anggota tentera kita yang kena ambush akan di serah. Saya diberitahu oleh kawan-kawan saya bahawa di Markas Malbatt satu battalion kita tengah standby untuk bertempur. Tempat serahan dari RV tak jauh, ada militia tunggu dengan senjata AK47 mengarahkan kami ikut mereka dengan senjata ditinggalkan Sampai lighter Zippo saya pun disuruh tinggal. Katanya senjata boleh membakar. Apabila sampai ke lokasi saya tengok 2 mayat diatas tilam nipis dan yang cedera hanya dirawat dengan balutan kain lusuh sahaja. Ketua Militia Kol. Abdullahi meminta maaf dan mengatakan bukan kumpulan beliau punya angkara. Kami seramai sepuluh anggota pun mengangkat mayat dan yang cedera ke markas UN di KM4. Sesampai di sana saya pun memeriksa anggota yang tercedera yang parah iaitu Sjn. Zaidi. Dua biji peluru AK47 menembusi ponggong beliau. Saya dan anggota Medic Kpl ??? pun cuba tengok bahagian depan badan Sjn Zaidi peluru tak tembus dan darah memancut keluar. Anggota medic pun apa lagi cucuk morhpin. Selang berberapa minit Sjn Zaidi menangis terisak-isak lalu saya bertanya mengapa sjn? Dalam khayal beliau beritahu “diorang tembak Ganie hidup-hidup. Diaorang kepung Ganie minta serah senjata tapi Ganie melawan dan yang dibelakang terus tembak pointblank dari arah belakang kepala 3 das dan bersepai muka Ganie. Yang cedera ada seorang tentera Italy yang ikut konvoi berkenaan. Selesai saya beri bantuan pada yang cedera saya pun pergi ke mayat Ssjn Azman dan saya tengok tangan nya ada kesan tembakan. Saya pun terpikir tak kan luka tangan boleh mati. Saya terus tanggalkan helmet kevlar beliau barulah saya tengok kesan lubang peluru di atas dahi beliau. Rupanya sniper somali tembak tepat. Tembakan pertama kena tangan, ubah tenangan bull dahi. Saya pun keluar sekejap untuk ambil angin. Sedang saya berdiri ada seorang budak India(Nama tak ingat) junior banyak dari saya memeluk saya sambil menangis terisak-isak sambil berkata “Bang diorang dah bunuh kawan kita”. Apabila anggota lain melihat gelagat Budak India ni ramai yang menangis. Dimasa yang sama saya lihat Kapt. Rizan (sekarang Kol) pergi belakang bangunan dan menangis. saya pun memujuk dia dengan mengatakan dah ajal mereka.

Pada kesokan harinya kami bergerak balik ke Markas. Pada hari untuk menghantar Jenazah pulang ke Malaysia satu perbarisan terdiri dari semua tentera yang bertugas di Somalia diadakan. Apabila Keranda Diusung naik Kapalterbang saya tengok barisan kontijen Malbatt bergerak-gerak, mengapa? Rupanya sambil salute mereka menangis. Dihati saya pun berdetik, bagi kaum wanita yang menjadi tentera pernah berkata ‘apa yang lelaki boleh buat kami pun boleh buat’. Mustahil, kami ni yang hardcore pun menangis apatah lagi mereka kaum hawa. Kejadian tersebut terjadi kerana kesilapan tentera kita kerana didalam pelajaran apabila kita pergi dengan route yang dah dikenalpasti apabila pulang mesti laluan yang lain. Tetapi kerana dah ajal, pada hari kejadian mereka pulang ikut jalan yang sama.

Cpl. Mat Aznan 2nd from the right who died from a direct hit at his head by RPG. May God bless his soul. This is prior the deployment of 19th RAMD to Somalia. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas dia.

Tim sniper Malaysia. Salah seorang dari tu adalah Sniper_Gunung.


Gambar terbaru menunjukkan kenderaan perisai (APC – Armoured Personal Carrier) Condor tentera Malaysia yang musnah akibat terkena bedilan RPG dari pemberontak Somali semasa peristiwa di PASAR BUKHARA di kawasan pembuangan sampah di salah sebuah kampung di Mogadishu, Somalia.

Video di bawah ni adalah bukti kukuh tentang anggota kita menyelamatkan US Ranger semasa di Somalia.

Selain kisah pertempuran di Pasar Bukhara, ada juga kisah pertempuran perwira tanah air kita semasa pembukaan Mahkamah Agung Benadir.

Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di negara itu.

Majlis Pembukaan Mahkamah Agung Benazir pada 27 September 1993 menjadi satu peristiwa penting kepada proses damai di Somalia yang telah lama bergolak dengan perang saudara. Ia menandakan pemulihan semula sistem keadilan dan undang-undang. Namun begitu ada golongan yang tidak senang dengan kewujudan semula mahkamah dan cuba mengagalkan usaha murni UNOSOM II membawa kedamaian di negara itu. Bagi kumpulan ini, penubuhan Mahkamah Agung itu adalah sebagai suatu usaha menafikan kuasa dan pengaruh kumpulan mereka keatas rakyat Somalia. Salah satu kumpulan tersebut termasuklah kumpulan yang di ketuai Jeneral Farah Aideed.

Mereka merancang hendak menculik pegawai perundangan UNOSOM II yang menghadiri majlis pembukaan tersebut. UNOSOM II sedar tentang ancaman yang mungkin di hadapi telah mengarahkan pasukan pengaman dari Negara Ameriyah Arab Bersatu (UAE) membuat kawalan di sekitar kawasan mahkamah ketika majlis berlangsung. Pasukan Pengaman Malaysia (Malaysia Batalion-MALBATT) pula di kehendaki membantu pasukan pengaman UAE membuat kawalan. Pasukan Pengaman Pakistan bertanggung jawab menjadi pengiring kepada Pegawai Perundangan UNOSOM II. Pembahagian tugas seperti ini adalah biasa di kalangan pasukan pengaman pelbagai negara. Mereka saling bekerjasama antara satu sama lain dalam memikul tanggungjawab berat memulihkan keamanan ke atas negara yang hampir musnah akibat persengketaan berlarutan hampir 3 tahun itu. Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, 26 September 1993. Jam menunjukkan pukul 9.00 malam .Mejar Abd Rashid bin Ahmad, Ketua Kompeni B masih di pejabatnya apabila dia di datangi timbalannya, Kapten Mohd Halim bin Khalid. “Assalamualaikum, Tuan!” kata Kapten Mohd Halim sambil memberi tabik hormat kepada Mejar Abd Rashid. Beliau menjawab salam dan mempersilakan Kapten Mohd Halim duduk. “Ada apa Mejar?” Tanya Kapten Mohd Halim “Kompeni B di arahkan menghantar satu platun bagi membantu kawalan di Mahkamah esok” jawab Mejar Abd Rashid.

Kapten Mohd Halim teringat kepada arahan yang di terima sebelum itu dari Markas UNOSOM II meminta satu platun MALBATT bagi membantu pasukan UAE membuat kawalan esok. Di sebabkan komander pasukan MALBATT tiada, Leftenan Kolonel Mohd Rozi bin Baharom selaku Timbalan Komander telah mengarahkan Mejar Abd Rashid menyiapkan satu platun dari kompeni B untuk melaksanakan tugasan itu. “Siapa yang akan pergi esok Tuan?”tanya Kapten Halim “Platun 5”. “Tapi tuan, Ketua platun 5 sedang bercuti” Kapten Halim mengingatkan “Ya saya tahu, sebab tu saya panggil awak.Saya dah arahkan Leftenan Salmi ambil alih platun 5, tapi memandangkan tugas ini penting saya nak awak ikut sekali esok” “Baik Tuan” dengan senang hati Kapten Halim menerima amanah yang diberikan. Di dalam hatinya sedikit bimbang juga kerana sejak akhir-akhir ini serangan ke atas pasukan pengaman makin menjadi-jadi. Walau pun Leftenan Salmi bin Istikh Ahmad masih baru dalam bidang mekanis tapi ini tidak bermakna beliau tidak mampu memimpin platun tersebut. Tetapi operasi esok walaupun hanya sebagai pasukan bantuan sangat penting sebab itu Kapten Halim ikut serta.

Setelah selesai membincangkan tentang kelengkapan dan persediaan operasi Kapten Halim pun beredar. Lebih kurang pukul 6.30 pagi 27 September 1993, Kapten Halim dan Leftenan Salmi bersama 34 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) daripada Platun 5 bergerak dari Markas MALBATT yang terletak di Kem Lapangan Terbang ke kawasan Sea Port. Di situ Kapten Halim melapor diri kepada Pegawai Memerintah Batalion UAE iaitu Leftenan Kolonel Mal untuk diberikan taklimat operasi. “Kapten, saya mahu platun awak untuk buat kawalan di sekitar kawasan mahkamah. Pasukan UAE sudah berada di sana. Kawasan sekitar sudah di ‘bersihkan’ oleh mereka” arah Leftenan Kolonel Mal. Kapten Halim merasa kurang senang dengan arahan yang di terimanya yang berbeza dengan permintaan asal iaitu membantu pasukan UAE sekiranya berlaku sesuatu yang tidak di ingini. Sesuai dengan peranan Pasukan MALBATT sebagai Pasukan Tindakan Cepat (Quick Reaction Force-QRF). “Kalau begitu saya minta Leftenan Brand bersama saya bagi memudahkan perhubungan dan bantuan, sekiranya perlu” cadang Kapten Halim. Leftenan Brand adalah pegawai perhubungan udara Tentera Amerika. “Oh, tidak! Saya rasa Leftenan Brand lebih baik berada di sini. Dari sini lebih senang untuk selaraskan bantuan udara” sanggah Leftenan Kolonel Mal. Biarpun tidak setuju, Kapten Halim hanya mendiamkan diri kerana tak mahu mengeruhkan suasana. “Saya mahu awak kawal kawasan ini. Letakkan Armoured Personnel Carrier (APC) awak di sini, sini, sini dan di sini” perintah Leftenan Kolonel Mal sambil tangannya menunjuk-nunjuk di atas satu lakaran kawasan bangunan mahkamah. “Ada apa-apa soalan? Tanya Leftenan Kolonel Mal. “ Bagaimana saya hendak berhubung dengan pihak Tuan?” tanya Kapten Halim “Gunakan gelombang ini” jawab Leftenan Kolonel Mal sambil menulis beberapa saluran gelombang yang boleh di hubungi. Senarai itu kemudian diserahkannya kepada Kapten Halim.

Kapten Halim dan Platun 5 tiba ke kawasan mahkamah lebih kurang pukul 8.00 pagi. Masih ada tempoh sejam sebelum upacara perasmian bermula. Kapten Halim mengatur kereta perisainya di empat penjuru bangunan. Satu di setiap penjuru seperti yang dirancang. Dia kemudian membawa kereta perisainya ke dalam kawasan mahkamah. Bagi menguatkan lagi pertahanan pasukan MALBATT, Kapten Halim mengambil keputusan meletakkan 3 kumpulan penembak tepat (sniper) di atas bumbung mahkamah. Kedudukan yang lebih tinggi di atas bumbung memberi mereka pemandangan kawasan sekitar yang lebih baik. Setiap kumpulan mengandungi 2 orang anggota. Kumpulan 1 di anggotai oleh Koperal Halim dan Prebet Rosli. Mereka di bekalkan dengan Mesingan Pelbagai Guna dan Raifal M16 lengkap dengan Pelancar Grenad M203, juga sebuah Set Radio Komunikasi. Kumpulan 2 pula di anggotai Lans Koperal Ramli dan Prebet Zaini. Lans Koperal Ramli membawa Raifal M 16 manakala Prebet Zaini dibekalkan dengan Sub Mesingan HK MP5. Prebet Zaini mengambil kedudukan di penjuru berhampiran tangga manakala Lans Koperal Ramli jauh di belakang.

Kumpulan 3 pula terdiri daripada Lans Koperal Rosli dan Prebet Jamari. Kedudukan mereka di tepi tangga besi di luar bangunan. Mereka kemudian dibekalkan Radio Komunikasi bagi memudahkan perhubungan. Ketika menyusun Kumpulan Penembak Tepat, Kapten Halim tak bertemu dengan seorangpun Pasukan UAE di sekitar kawasan mahkamah seperti dakwaan Leftenan Kolonel Mal. “Jangan kata orang, bayangnya pun tak nampak” fikir Kapten Halim. Sebagai seorang pegawai yang berpengalaman, beliau mengambil tindakan proaktif. Bersama beberapa orang anggota, beliau memeriksa sendiri kawasan sekitar bagi memastikan ia benar-benar bebas dari sebarang ancaman berbahaya. Penduduk sekitar tidak menunjukkan apa-apa reaksi mencurigakan. Mereka menjalankan aktiviti harian seperti biasa, urusan jual beli sedang rancak berjalan dan kanak-kanak sedang bermain di tepi-tepi jalan. Kanak-kanak dan orang awam cuba berkomunikasi dengan anggota-anggota MALBATT.

Permandangan biasa di mana saja mereka di tugaskan mereka di sambut dengan baik. Setelah pasti semuanya selamat dan pasukannya dalam kedudukan sepatutnya beliau menghubungi Leftenan Kolonel Mal mengunakan saluran gelombang yang di berikan. Tiada jawapan. Setelah beberapa kali beliau bertukar ke saluran kedua, pun tiada jawapan. Setelah semua gelombang yang di berikan Leftenan Kolonel Mal gagal di hubungi, Kapten Halim terpaksa menghubungi Markas MALBATT untuk melaporkan keadaan pasukan. Setelah itu dia pergi berjumpa pegawai awam mahkamah. “Pasukan saya sudah berada dalam kedudukan.” beritahu Kapten Halim “Terima kasih, Tuan. Saya akan maklumkan” jawab pegawai itu “Pukul berapa upacara bermula?” “Pukul 9.00 pagi.” Jam menunjukkan pukul 10.00 pagi apabila 3 pegawai perundangan UNOSOM II tiba menaiki dua buah Land Rover awam di iringi dua buah APC Pasukan Pakistan. Mereka terdiri dari Micheal Aradika dari Ghana selaku ketua kumpulan serta dua orang lagi Jim Acally dan Kenneth Lain.

Sebaik tiba mereka terus masuk ke dalam bangunan mahkamah untuk meneruskan upacara. Kapten Halim masih terus berhubung dengan Markas MALBATT. Beliau di beritahu sumber perisikan yang memperolehi laporan dari helikopter yang membuat tinjauan udara, terdapat pergerakan sekumpulan militia Somalia bersenjata mara ke kawasan Mahkamah Agung Benadir. Mengikut laporan itu lagi, di anggarkan kekuatan kumpulan militia itu antara 10 ke 15 orang. Sebaik menerima maklumat itu, kapten Halim terus menyalurkannya kepada anggota-anggota lain sambil memberi ingatan agar terus berwaspada. Upacara itu selesai pukul 11.00 pagi dan seramai 50 orang pegawai perundangan dan Hakim Somalia mula beredar meningalkan bangunan mahkamah. Tiga orang Pegawai Perundangan UNOSOM II tidak terus beredar tapi masih berbual-bual di perkarangan mahkamah. Menyedari bahaya yang kemungkinan berlaku sekiranya mereka di serang, Kapten Halim segera mendapatkan mereka dan menasihatkan mereka supaya beredar dengan segera. “Tuan, saya rasa lebih baik tuan kembali ke kawasan penjara dengan segera. Kami mendapat laporan ada militia Somalia dalam perjalanan ke sini” Kapten Halim memberitahu dengan sopan. Ketiga-tiga Pegawai Perundangan UNOSOM II masih belum berganjak sebaliknya terus berbual-bual. Setelah menunggu seketika, Kapten Halim pergi mendapatkan mereka dan memberitahu sekali lagi supaya mereka kembali ke kawasan penjara. Kali ini dengan nada yang sedikit tegas. “Tuan, keadaan semakin bahaya, lebih baik beredar sekarang juga” tegur Kapten Halim. “Tak apa, suruh pasukan pengiring pergi dahulu. Tak payah tunggu kami” jawab Micheal Aradika. “Tak boleh tuan, mereka di arahkan untuk mengiringi tuan-tuan kembali ke kawasan penjara kalau terjadi apa-apa mereka akan di persalahkan” bantah Kapten Halim. Geram juga hatinya melihatkan kerenah mereka. Ketiga-tiga pegawai itu mula berbelah bahagi mengenai pasukan pengiring.

Mereka mula bertengkar sesama sendiri. Micheal beriya-iya tidak mahu mengunakan khidmat pasukan pengiring dari pasukan tentera Pakistan. Kapten Halim hanya memerhati gelagat mereka. Akhirnya mereka membuat keputusan agar Pasukan Pengiring Pakistan menunggu di penjara. Mereka akan pergi ke penjara dengan menaiki Pajero tanpa pengiring. Dari Penjara mereka akan di iringi ke Markas UNOSOM II. Kapten Halim terpaksa akur dengan keputusan mereka. Dia kemudian di minta untuk memandu Pasukan Pakistan ke Penjara kerana mereka tidak tahu jalan hendak ke sana. Kapten Halim terus keluar menemui Pasukan Pakistan untuk mengatur pergerakan. Pada masa yang sama, di luar orang awam Somalia yang tadinya ramai kini beransur-ansur kurang dan akhirnya terus hilang dari kawasan sekitarnya. “Ada yang tak kena ni” fikir Sarjan Sarizan. Dia terus memberitahu perubahan keadaan kepada anggota-anggota lain sambil mengingatkan mereka agar jangan leka dan terus berwaspada. Tiba-tiba dia di datangi oleh seorang pemuda Somalia yang menunjuk ke arah sebuah rumah. Di tingkat atas rumah tersebut kelihatan seorang wanita. Di sebabkan batasan komunikasi wanita itu cuba memberitahu sesuatu melalui isyarat tangan. Sarjan Sarizan faham wanita itu cuba memberitahunya sesuatu sedang berlaku di dalam rumahnya.

Dengan penuh berhati-hati Sarjan Sarizan cuba merapati dinding rumah itu. Baru sampai ke tangga, BAM! BAM! Dua das tembakan di lepaskan dari tingkat atas rumah itu. Serentak dengan itu tembakan bertubi-tubi seperti bertih goreng kedengaran dari pelbagai arah. Sarjan Sarizan terus berlari mendapatkan perlindungan di dalam kereta perisainya. Dia terus membalas tembakan dari dalam kereta perisainya. Lans Koperal Ramli yang berada di atas bangunan mendengar tembakan yang di lepaskan dan tembakan balas APCMALBATT dari arah hadapan bangunaan. Ketika itu juga terdengar bunyi riuh rendah suara orang di bahagian belakang bangunan. Beliau mengangkat kepala untuk melihat dari belakang tembok dan dia mendapati ada tujuh Militia Somalia di situ. Dia mengangkat senjata dan menenang untuk menembak mereka. Ketika baru hendak menarik picu senjatanya, BAM!BAM!BAM! tembakan bertubi-tubi dari bangunan sebelah. Nasib baik Militia Somalia kebanyakan tidak terlatih, tembakan itu mengenai tembok batu tempat beliau berlindung. Beliau mengangkat kepala sekali lagi untuk membalas tembakan, tapi sekali lagi dia di hujani dengan tembakan bertubi-tubi. Beberapa kali dia cuba membalas tembakan tetapi setiap kali itulah dia menjadi tumpuan tembakan. Dia berubah kedudukan dengan merangkak ke bucu sebelah kiri bangunan.

Tetap sama dia menjadi tumpuan tembakan bertubi-tubi militia Somalia. Sahlah! Dia sedang di perhati dan di awasi oleh penembak hendap Militia Somalia. Kapten Halim yang sedang berbincang dengan ketua pasukan Pengiring Pakistan apabila mendengar bunyi tembakan Mesingan dan Pelancar Roket Granade 7 (Rocket Propelled Granade 7-RPG 7). Dia terus berlari mendapatkan Kereta Perisainya. Dari dalam Kereta Perisainya berhubung dengan anggota melalui radio komunikasi untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Mereka melaporkan belum dapat melihat arah kemaraan musuh dan tembakan dilepaskan dari pelbagai arah. Kumpulan Penembak Tepat juga melaporkan mereka tidak dapat memastikan arah kemaraan musuh kerana menjadi sasaran tembakan penembak hendap Militia Somalia. Menyedari Kumpulan Penembak Tepat menjadi sasaran tembakan bertubi-tubi Militia Somalia menyebabkan mereka sukar memainkan peranan dengan berkesan, Kapten Halim mengarahkan mereka segera turun ke bawah. Kumpulan 1 yang di anggotai Koperal Halim dan Prebet Rosli berjaya turun setelah pertempuran berlangsung beberapa minit. Mereka kemudian menaiki APC3 dan membalas tembakan dari dalam kenderaan. APC2 melaporkan kepada Kapten Halim pergerakan segerombolan Militia dari arah laut menuju ke mahkamah.

Tembakan di lepaskan secara membabi-buta dari celah-celah tingkap dan lubang-lubang di dinding ke arah mahkamah (Rumah dan bangunan di Somalia banyak yang berlubang bekas tembusan peluru hasil perang saudara yang berlarutan). Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas tembakan ke arah musuh dan tidak menembak secara melulu demi menjaga keselamatan orang awam yang tinggal di kawasan sekitar. Walaupun di hujani peluru, pasukan MALBATT masih dalam pertimbangan Kapten Halim membawa kereta perisainya masuk ke dalam perkarangan Mahkamah mencari tiga orang pegawai perundangan UNOSOM II yang kini sudah terperangkap di dalam bangunan mahkamah. Di dalam bangunan beliau menemui mereka di dalam sebuah bilik bersama beberapa pegawai perundangan Somalia. Pegawai Somalia itu berjanji akan menjaga ketiga-tiga pegawai UNOSOM II yang kini mula tergambar perasaan cemas di muka masing-masing. Kapten Halim kemudian bergegas pula pergi mendapatkan Kereta Perisainya untuk menyampaikan laporan terkini kepada Markas MALBATT.

Beliau berulang-alik beberapa kali dari kereta perisainya ke dalam bangunan mahkamah kerana pegawai UNOSOM II yang ketakutan memintanya bersama-sama menemani mereka. Tembakan Militia Somalia terus menembak dengan mengunakan mesingan, senjata ringan, RPG 7 dan bom tangan. Anggota MALBATT mempertahankan kedudukan mereka dengan membalas tembakan dan membaling bom tangan ke arah Militia Somalia. Setelah bertempur dengan sengit selama lebih kurang sejam, Kapten Halim kemudiannya memdapat tahu salah seorang Pegawai perundangan Somalia cuba berhubung dan berunding dengan kumpulan Militia. Pegawai Somalia itu memberitahu sekiranya pasukan MALBATT menghentikan tembakan mereka juga akan berhenti menembak. Kapten Halim segera mengarahkan anggotanya menghentikan tembakan, tetapi Militia Somalia masih terus-menerus melepaskan tembakan. Kapten Halim mengarahkan anggotanya membalas kembali tembakan. Pegawai Somalia tersebut kemudian memberitahu Kapten Halim pihak Militia Somalia mahukan ketiga-tiga pegawai UNOSOM II sebagai tebusan barulah mereka berundur. Kapten Halim berasa tercabar dengan permintaan pihak Militia Somalia. Dia tidak akan sekali-kali menyerahkan pegawai UNOSOM II sebagai tebusan.

Ini prinsip yang di junjung tentera darat dalam Sumpah Kesatria ‘Tidak sekali-kali mengenal menyerah’. Biar putih tulang jangan putih mata. Dengan sikap pantang menyerah sebelum bertarung, permintaan Militia Aideed tersebut ditolak mentah-mentah. Permintaan tersebut dijawab dengan tembakan berterusan oleh Kapten Halim dan anggotanya Menyedari keadaan yang semakin merbahaya dan genting Kapten Halim mengambil keputusan untuk berundur segera. Beliau menghubungi Leftenan Salmi “Salmi, beritahu Ketua Pengiring Tentera Pakistan masuk ke dalam perkarangan mahkamah sekarang. Ambil Pegawai UNOSOM dan berundur ke penjara”perintah Kapten Halim. “Tuan, Pasukan Pakistan dah cabut” Jawab Leftenan Salmi “ Bila?!! Tanya Kapten Halim terkejut. “Masa mula-mula pertempuran lagi Tuan” balas Leftenan Salmi Kini mahu tak mahu keselamatan pegawai-pegawai UNOSOM II menjadi tanggungjawab beliau. Beliau dengan berani menggerakkan APC menghampiri bangunan mahkamah bagi menyelamatkan para pegawai UNOSOM II yang sedang terperangkap di bangunan tersebut. Tanpa berlengah lagi, semua pegawai UNOSOM II di arahkan masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Pegawai-pegawai itu yang pada mulanya banyak kerenah kini umpama lembu di cucuk hidung, mengikut sahaja arahan yang di berikan. Ketika pegawai UNOSOM II sedang berlari menuju ke kenderaannya, Kapten Mohd. Halim dengan tidak menghiraukan keselamatan diri terjun dari kenderaannya sambil melepaskan tembakan balas secara bertubi-tubi ke arah Militia Aideed bagi memberi perlindungan rapat kepada para pegawai UNOSOM II. Dua Kumpulan Penembak Tepat masih di atas bangunan. Kapten Halim mengarahkan mereka turun dengan mengunakan pembesar suara. Lans Koperal Rosli yang mendengar arahan itu berlari secara taktikal bersama rakannya Prebet Jamari menuju ke tangga. Bagai manapun mereka menghadapi kesukaran untuk turun kerana menjadi sasaran tembakan setiap kali menghampiri tangga. Sebagai ketua pasukan Kapten Halim mesti memastikan kesemua mereka dapat turun sebelum berundur. Kapten Halim bergerak ke bawah tangga besi sambil memanggil anggotanya turun. Walaupun tindakan beraninya mengundang bahaya menjadi sasaran tembakan Militia Somalia dia terpaksa berbuat demikian kerana dia tiada pilihan lain untuk menyelamatkan anggotanya. Lans Koperal Rosli dan Prebet Jamari mengelunsur turun melalui tangga besi. Mereka kemudian di bawa menaiki APCKapten Halim.

Kapten Halim seterusnya pergi mendapatkan Lans Koperal Ramli. Lans Koperal Ramli sebaik mendengar arahan untuk turun dari pembesar suara terus bergerak ke arah tangga. Tetapi itu bukanlah mudah, di samping tembakan bertalu-talu dia terpaksa merangkak dan melompat dengan cepat dari satu tembok ke tembok yang lain.Tujuh tembok semuanya. Setiap tembok setinggi dua kaki. Tembok terakhir adalah yang paling lama untuk di lintasi kerana Militia menumpukan tembakan ke situ. Akhirnya setelah bersusah payah dan mengadai nyawanya dia berjaya merapati tangga besi. Prebet Zaini telah tiada di situ. Mungkin telah turun sebaik menerima arahan. Lans Koperal Ramli menghulurkan senjata sebagai menjawab panggilan Kapten Halim di bawah. Dia tidak mahu menyahut kerana masih menjadi sasaran Militia Somalia.Dia kemudian mendengar Kapten Halim menyuruhnya turun sambil berhati-hati kerana mereka akan berundur. Bagi memudahkannya turun Lans Koperal Ramli menyilangkan tali sliang senjata ke belakang dan turun dengan memeluk tiang tangga lalu mengelungsur ke bawah. Di bawah dia di sambut oleh Kapten Halim dan dibawa masuk ke dalam Kereta Perisainya.

Apabila semua anggotanya telah selamat Kapten Halim pun mengarahkan Pasukannya berundur di bawah hujan peluru, RPG 7 dan bom tangan pihak Militia Somalia. Tayar salah sebuah nombor ZA 9360 bocor terkena serpihan bom tangan tetapi masih boleh bergerak. Kerana tindakan berani Kapten Mohd. Halim, usaha hendak membantutkan proses keamanan yang dirancang melalui satu tindakan nekad oleh puak Militia Aideed telah dapat digagalkan. Setelah bertempur hebat dengan Militia Aideed beliau akhirnya pulang bersama anggota dan para pegawai UNOSOM II dengan selamat ke pangkalan. Mereka sampai ke Markas MALBATT lebih kurang pukul 1.00 tengah hari. Ketiga-tiga pegawai UNOSOM II dibawa Kapten Halim ke Bilik Gerakan MALBATT bertemu Leftenan Kolonel Rozi. Ketiga mereka yang masih terkejut dan berpeluh-peluh bertanya kepada Leftenan Kolonel Rozi “Er..Siapa Komander pasukan ini?” tanya salah seorang dari mereka dengan nada yang gementar “Kolonel Latif, dia tak ada di sini dan saya timbalannya” jawab Leftenan Kolonel Rozi. Ketika itu Kapten Halim pergi berjumpa dengan anak buahnya di samping memeriksa keadaan kenderaan dan peralatan yang di gunakan untuk membuat laporan nanti. Dia bersyukur kerana tanggungjawab melindungi Pegawai UNOSOM II berjaya di laksanakan tanpa ada seorang pun anak buahnya yang terkorban atau tercedera. “Kami ucapkan terima kasih banyak-banyak. Tak tahu macamana apa cakap. Kalau tak ada pasukan MALBATT tak tahu apa yang terjadi.” Kata salah seorang dari pegawai UNOSOM kepada Leftenan Kolonel Rozi “Siapa nama Kapten tadi?”tanya yang lain pula “Kapten Mohd Halim” balas Leftenan Kolonel Rozi “Ya, dia patut di berikan pingat atas keberaniannya.

Kami nak beri dia pingat, atau awak patut bagi kepadanya?”cadang yang lain. “Baiklah, baiklah, kami akan sampaikan cerita ini ke Mindef (Kementerian Pertahanan Malaysia), mereka akan tentukan siapa yang layak dapat pingat akan menerimanya” kata Leftenan Kolonel Rozi. Sebenarnya tak payah di beritahu memang itulah yang akan di buatnya. Dia tumpang bangga dengan pencapaian yang di tunjukkan oleh anak buahnya. Sejak itu nama pasukan MALBATT makin harum di kalangan pasukan pengaman dan rakyat Somalia. Mereka memuji dan menghormati MALBATT sebagai satu pasukan tentera yang tangkas, berani dan profesional. Tindakan berani serta semangat taat setia yang sedia tertanam dijiwa Perwira RAMD ini telah mendapat pujian tidak hanya daripada para pegawai kehakiman terbabit malah turut mendapat pujian daripada para pegawai lain yang berkhidmat dengan UNOSOM II. Menurut para pegawai kehakiman terbabit mereka tidak hanya terhutang budi malah berhutang nyawa kepada Kapten Mohd. Halim. Jasa beliau tidak mungkin dapat dilupai hingga ke akhir hayat mereka. Inilah kata-kata yang sungguh bermakna dan secara langsung turut menaikkan imej negara

Dua tahun selepas misi di Somalia, TD terus mengharumkan nama negara lagi dengan menyertai misi pengaman di Bosnia. Malah, di Bosnia lah TD sangat menonjol dan berbagai-bagai cerita tidak rasmi tentang kejayaan TD disampaikan ke tanah air tercinta ni. Antara cerita-cerita tidak rasmi itu adalah Malaysia telah menghantar pasukan komando GGK dari 11 RGK (Rejimen Gerak Khas) menyusup masuk ke Bosnia melalui Turki untuk melumpuhkan kekuatan askar Serbia. Ada antara komando-komando ni menyusup masuk menjadi sebahagian dari askar Bosnia untuk berperang memusnahkan kekuatan askar Serbia. Fakta tentang komando GGK ni adalah ada antara mereka ini merupakan pakar peperangan gerila.

Banyak lagi misi-misi pengaman PBB yang disertai oleh TD demi memantapkan kemahiran berperang didalam diri setiap askar Malaysia. Melalui penyertaan misi-misi pengaman ini, anggota askar Malaysia sekurang-kurangnya mempunyai pengalaman bertempur di medan perang, memandangkan tanah air kita ni sangat aman dan tiada konflik dengan mana-mana musuh negara buat masa ni. Tapi harus diingat, tak selamanya kita akan mengecapi rasa selesa yang kita rasa sekarang ni. Kalau bukan pengorbanan tentera-tentera negara kita siang malam mengawal setiap inci tanah sempadan, laut dan udara rasanya lama dah kita dijajah kembali.

 

Bercerita tentang misi-misi pengaman PBB yang disertai TD ini, sekali lagi Harimau Malaya ni menaikkan lagi nama negara dengan menyertai misi UNIFIL PBB di Lubnan. Bermula dengan Malcon (Malaysian Contingent), seterusnya dengan Malbatt 1 (Malaysian Battalion) sehingga sekarang sudah menjangkau misi Malbatt 3 di Lubnan. Di bawah merupakan foto-foto perwira kita di Lubnan. Seharusnya, perasaan bangga tersemat di hati korang bila melihat foto-foto ni.

 

Dan sempena Hari Ulang Tahun (HUT) TD ke-78, TD akan mengadakan pameran besar-besaran di Dataran Merdeka pada 4,5 & 6 Mac ni iaitu bersamaan dengan Jumaat, Sabtu dan Ahad yang bakal datang ni. Semua dijemput hadir. Mengikut tentatif program, berbagai-bagai acara menarik bakal diadakan. Di bawah ni adalah tentatif program pameran Tentera Darat tu. Sesape yang takde buat apa-apa, boleh la datang ke Dataran Merdeka pada masa tu. Aku mungkin datang hari Ahad nanti.

Masa pameran tu nanti, antara aset-aset yang bakal dipertontonkan adalah seperti di bawah:

MBT PT-91M Pendekar

Avibrass Astross-II Keris

Armoured Personnel Carrier ACV-300 Adnan

Stormer

Sibmas

condor

Uro Vamtac

AW-109 LOH milik Pasukan Udara TD (PUTD)

Demonstrasi anjing perang

PARS 8×8 — Yang ni lagi 2,3 tahun korang ley laa tgk. ATM baru je sign MOU beli 257 buah dari DEFTECH Malaysia.

Aku bukannya seorang perwira negara, tetapi melalui apa yang aku tulis ni, aku berharap dapat sedarkan sesape yang baca ni tentang pentingnya kita sebagai warganegara bersama-sama menyokong dan memberikan semangat kepada angkatan tentera negara kita. Lepas ni tak kan ada Malaysia kedua kalau kita dijajah sekali lagi.  Mungkin lepas ni, kita akan menjadi bangsa yang merempat di tanah air sendiri. Tak mustahil akan berlaku. Cuma kita perlu gadaikan sikit je lagi maruah negara kita. Kebebasan yang kita kecapi hari ni adalah hasil peluh keringat dan titisan darah angkatan tentera kita yang sanggup berkorban diri dan nyawa menjaga kedaulatan negara. Jadi, diharap yang membaca ni sedar yang kita berasa sangat selesa sekarang bukan datang bergolek dari langit.

 

Posted in angkatan tentera malaysia, event, military, tentera darat malaysia | 7 Comments

KETENTERAAN : MENGHADAPI ANCAMAN SINGAPURA

Salam kawan-kawan. Kita jumpa lagi di post terbaru. Ok, ada satu artikel ni yang menarik hati aku. Aku rasa rakyat Malaysia patut baca ni. Mungkin boleh sedarkan kita. Artikel ni tahun 2000 dahulu. Maksudnya 11 tahun yang lalu. Masa tu aku baru form 1. Pernah baca artikel ni dulu. Aku jumpa balik, sekadar untuk refresh balik fakta-fakta yang diberikan. Layan dulu artikel aku copy paste ni…..

Menghadapi ancaman Singapura
(Dipetik dari Mingguan Malaysia 15/10/2000)

Kenyataan terbaru Kuan Yew bahawa sesiapa sahaja ‘dialu-alukan’ menyerang republik itu berikutan pembelian 100 peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana AIM-120C dari Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini, sekali lagi mengganggu hati nurani rakyat Malaysia.Sebagai negara jiran terdekat, kenyataan sedemikian seolah-olah satu mesej bahawa Singapura dengan persiapan pertahanan yang terbesar mahu terus menjelma menjadi bayangan ‘Israel’ di rantau ini.

Persoalannya sejauh manakah kekuatan Singapura yang digembar-gemburkan itu?

“Jangan rasa takut, apatah lagi rendah diri dengan kekuatan persenjataan Singapura,” kata bekas Pengarah Perisikan Pertahanan, Leftenan Jeneral (B) Datuk Raja Abdul Rashid Raja Badiozaman dalam wawancara bersama wartawan Mingguan AZIZ ISHAK.

Walaupun telah bersara hampir lima tahun, Raja Rashid adalah antara tokoh yang disegani, berpengaruh dan selalu menjadi rujukan berhubung strategi ketenteraan apatah lagi dalam ‘berurusan’ dengan Singapura.

Singapore Armed Forces

Ikuti sedutan wawancara tersebut.

MINGGUAN: Kenyataan terbaru Kuan Yew sekali lagi menampakkan keangkuhan walaupun senjata yang dibeli itu tidaklah terlalu hebat dan Malaysia juga memiliki peluru berpandu jarak sederhana walaupun jenis yang berlainan (R-27 buatan Rusia).

RAJA RASHID: Pertama kita lihat jenis senjata yang dibeli. Peluru berpandu atau misil yang dimaksudkan itu ialah jenis air to air (udara ke udara), maknanya ia digunakan oleh pesawat pejuang untuk menentang pesawat pejuang musuh. Ia bukanlah sejenis peluru berpandu atau roket (Scud) seperti yang dilancarkan oleh Iraq ke atas Arab Saudi dalam Perang Teluk. Peluru berpandu kategori ini hanya berfungsi dan dilancarkan dari pesawat pejuang. Kalau tidak dibawa oleh pesawat pejuang, maknanya ia tidak boleh digunakan.

Ia bukanlah senjata yang Singapura sahaja boleh membeli dan memilikinya. Walhal negara kita juga mempunyai senjata yang setanding atau sekurang-kurang hampir setanding meskipun bukan sejenis.Peluru berpandu udara ke udara ini bukanlah bentuk serangan yang dilakukan secara clandestine iaitu tersembunyi atau rahsia.Senjata seperti ini hanya boleh digunakan dalam peperangan terbuka. Selagi tidak ada peperangan terbuka selagi itu ia tidak dapat dilaksanakan.Jadi kenyataan Kuan Yew mempelawa sesiapa menyerang Singapura dalam konteks Malaysia sebagai jiran terdekat, tidak harus kita khuatiri.Sebagai seorang yang arif dari segi politik antarabangsa dan serantau, Kuan Yew sepatutnya memahami perasaan dan sentimen negara jiran termasuk orang Melayu.Kenyataan yang boleh menyinggung perasaan tidak wajar dibuat oleh mana-mana jiran, bukan sahaja Singapura. Kalau mempunyai kekuatan dan kelebihan, orang tahu. Tidak perlu dihebah-hebahkan.Kalau seseorang itu bijak, dia akan mengambil kira semua aspek ini, kalau tidak hilanglah nilai kebijaksanaannya. Orang bijak tidak angkuh.

Apakah ada muslihat dan strategi di sebalik kenyataan sedemikian?

RAJA RASHID: Pada saya, tindakan Singapura menghebah-hebahkan dan mengeluarkan kenyataan agak provokatif termasuk dalam soal ketenteraan adalah bagi tujuan deterrence atau cegah rintang.Ia sebagai satu isyarat kepada bakal-bakal musuh bahawa mereka mempunyai kekuatan atau penambahan elemen kekuatan yang boleh menggerunkan musuh.Ia juga bagi tujuan domestik iaitu membina keyakinan dan rangsangan kepada rakyat bahawa kerajaan republik itu mampu melindungi mereka dalam apa sahaja keadaan. Keyakinan sedemikian adalah penting kepada sebuah negara kecil seperti Singapura. Ini selaras dengan pendekatan pre-emptive Singapura iaitu membina kemampuan untuk bertindak dan menyerang sebelum diserang oleh musuh.

Singapura mempunyai strategi pertahanan yang berasaskan kepada geografi dan demografi. Geografi, kerana Singapura tidak dapat berubah lokasi dan keluasan sebagai sebuah pulau kecil di tengah-tengah Malay World atau rumpun Melayu. Demografinya ialah kebanyakan penduduk adalah keturunan Cina. Lebih memburukkan keadaan pemimpin republik itu sejak dulu lagi meletakkan rasa syak wasangka yang keterlaluan terhadap Malaysia dan Indonesia.

SAF 3G Soldier

Apakah strategi pertahanan Singapura akan berubah selepas ketiadaan Kuan Yew?

RAJA RASHID: Sama ada Lee Kuan Yew ada atau tidak, strategi pertahanan negara itu akan tetap sama berasaskan geografi dan demografi.Kita bertanya mengapa Singapura mempunyai kapal selam dan meriam berat jenis 155mm yang boleh melancarkan tembakan hampir 40 kilometer. Pertahanan strateginya ialah forward defence. Maknanya, sebelum musuh sampai ke pulau itu, mereka telah dapat tangani di luar wilayahnya. Dulu semasa ancaman komunisme di utara semenanjung, mungkin ada asas Singapura mempunyai pertahanan darat yang kuat selain udara. Maknanya, mereka boleh bekerjasama dengan kita untuk membendung teori Domino (peluasan wilayah komunisme di Asia Tenggara selepas Vietnam). Walaupun tiada lagi ancaman Teori Domino, mereka mempunyai persiapan dan kebolehan tentera darat yang melebihi keperluan daratannya. Terang-terang menunjukkan bahawa Singapura mempunyai strategi forward defence. Siapa bakal ancaman mereka? Mungkin dari segi ancaman mereka sentiasa menganggap diri mereka itu terpencil dan mahu menjaga segala aset serta kekayaan. Itu asas setiap negara berdaulat.

Oleh kerana geografi dan demografi. Dari mula lagi, mereka telah mempunyai satu mentaliti fortress atau mentaliti bandar berkubu dengan konsep pertahanan yang dapat bertahan begitu lama. Mentaliti fortress adalah untuk menjaga keselamatan sama ada ancaman ada atau tidak ada. Sentiasa merasa terancam setiap masa, berjaga-jaga dan berwaspada. Ia timbul dari geografi dan demografi. Oleh itu, mereka sentiasa akan membina dan membentuk pertahanan sekuat mungkin apatah lagi mempunyai kekayaan untuk membeli segala kelengkapan dan senjata. Mereka bekerja keras dan bersatu untuk mencapai kekayaan negara bagi tujuan pertahanan sedemikian. (Singapura memperuntukkan RM24 bilion untuk pertahanan pada tahun 2000 manakala Malaysia sekitar RM6 bilion).

Pada pengamatan Datuk, sejauh mana keupayaan sebenar ketenteraan Singapura?

RAJA RASHID: Kita kena menilai dua aspek. Pertama ialah kekuatan senjata dan peralatan manakala aspek kedua ialah kebolehan anggota tentera untuk mengendalikan dan melancarkan peperangan.Daripada segi persenjataan, kita tidak boleh pertikaikan keupayaan Singapura. Bagaimanapun dari segi keanggotaan, mereka hadapi masalah dan tekanan.

Walaupun dalam peperangan moden atau era digital cuma perlu tekan butang untuk lancarkan senjata tetapi dalam peperangan sebenar keanggotaanlah yang mempengaruhi dan banyak menentukan kejayaan. Yang akan memenangi peperangan ialah anggota yang boleh menduduki atau menawan kawasan musuh dan bukannya senjata.Masalah Singapura, mereka hanya mampu melancarkan serangan tetapi agak sukar atau belum tentu mencapai kejayaan. Jangan lupa tindak balas pihak yang mereka serang dan adakah mereka mempunyai keupayaan untuk bertahan.

Persekitaran dan budaya kita berlainan berbanding Singapura. Singapura ialah satu ‘pulau bandar’. Rakyat mereka tidak mempunyai budaya lasak kerana persekitaran metropolitan dan kehidupan mewah. Sedangkan tentera Malaysia berasal dan sebati dalam persekitaran yang lasak mental dan fizikal dengan gunung, bukit, paya, sungai, hutan belantara, lintah, pacat dan sebagainya.

Latihan mungkin boleh banyak membantu melahirkan tentera yang lasak fizikal dan mental tetapi ia tidak sama dengan generasi yang muncul dari budaya dan persekitaran yang lasak.

Tengok cara orang Amerika Syarikat (AS) berperang dengan Vietnam. Kehebatan persenjataan dan kelengkapan tidak berkesan apabila datang pada keadaan sebenar. Ini disebabkan kelasakan mental dan fizikal berdasarkan budaya rakyat Vietnam. Walaupun mereka daif tetapi mampu mengatasi kehebatan doktrin dan persenjataan AS.Peralatan dan persenjataan bukanlah jawapan kepada kekuatan sebenar sesuatu angkatan tentera. Itu rumusan saya daripada segi peralatan dan keanggotaan. Kedua-dua itu mesti mempunyai simbiosis jika mahu mempunyai kekuatan terjamin. Kita ada simbiosis itu.

Ada bacaan dan andaian bahawa tentera Singapura dengan kelebihan persenjataan yang mereka ada khususnya dari segi kuasa udara mampu melumpuhkan Malaysia dalam tempoh 24 jam sahaja.

Multiple Launching Rocket System (MLRS) Astross Avibras II

RAJA RASHID: Malaysia sentiasa mengkaji kebolehan mereka, kita tidak rasa mempunyai kelemahan sehingga boleh digugat atau ditawan dengan mudah. Bacaan dan perkiraan mereka mungkin berbeza dengan bacaan kita.Kalau kita kaji strategi Singapura yang belajar dari Israel, pilihan terbaik ialah melancarkan serangan pre-emptive untuk memusnahkan semaksimum mungkin sehingga pihak lawan tidak berdaya bertindak balas.

Kalau mereka mampu melakukan serangan udara besar-besaran itu mungkin dalam tempoh berkenaan. Tetapi tidak mungkin mereka akan melumpuh atau memusnahkan kita, tidak mungkin. Antaranya kerana sumber dan aset ketenteraan kita berselerak dan kita mempunyai kelebihan dari segi geografi termasuk perairan untuk bertindak balas secara unik.Pergerakan segala sumber kekuatan kita boleh dilakukan dengan cepat, penuh muslihat dan berpanjangan.

FNSS Pars 8×8 ~ Aset terbaru yang bakal memasuki ATM

Maknanya kita mempunyai keupayaan tersendiri untuk bertahan dan bertindak balas?

RAJA RASHID: Keupayaan itu meliputi pelan tindakan khas untuk menghadapi ancaman termasuk jika ia datang dari Singapura.Salah satu ciri rancangan itu ialah untuk mempertahankan negara ini secara berlapis termasuk melumpuhkan sumber serangan itu sendiri.Sekiranya sesuatu musuh itu mahu melancarkan serangannya, mereka terpaksa melepasi sekurang-kurangnya tiga lapisan. Jika ia tidak mampu merempuh ketiga-tiga lapisan itu, ia tidak akan berjaya. Rancangan khas ini juga disesuaikan mengikut senario. Saya percaya sehingga hari inipun, ATM sedia untuk hadapi dan laksanakan rancangan sedemikian bila mendesak dan tiba masanya jika diancam.

Dari segi kekuatan nasional pula, kita mempunyai beberapa kelebihan. Kita juga tidak perlu berasa terancam dengan faktor-faktor lain termasuk geografi dan demografi. Geografi kita besar dan demografi kita berganda. Singapura mempunyai 3 juta penduduk sedangkan kita lebih 21 juta. Apapun, percayalah kita mempunyai strategi khas luar jangkaan yang hasilnya, tidak akan mengecewakan rakyat kita.

Apakah faktor lain yang mendorong Singapura khususnya Kuan Yew kerap mengeluarkan kenyataan provokatif dan menyinggung perasaan Malaysia. Mungkinkah kerana faktor menjadi sekutu kuat kepada Amerika Syarikat?

RAJA RASHID: Ini bukanlah pertama kali Kuan Yew membuat kenyataan yang menyinggung perasaan orang kita. Banyak kali, jadi kalau sudah selalu dilakukan, patut kita jangan susah hati.

Sama ada dia mempunyai rakan kuat seperti AS atau menganggap kita sebagai terjauh dari rakan kuat mereka sehingga memberi perangsang kepada mereka, tidak perlu kita ambil kira. Memang perangai dia macam itu. Tetapi jangan pula kerana dia menyatakan sesuatu yang menyebabkan kita tersinggung, kita berdiam. Kita tidak boleh diam. Kita mesti tetap bersuara dan bangkitkan hal itu. Soal mereka hendak terima atau tidak, soal lain. Mereka tidak boleh pandang rendah kita dan kita termasuk rakyat tidak boleh merasa rendah diri dalam semua hal apatah lagi pertahanan.

Apa lagi elemen kekuatan Malaysia yang boleh digembleng jika menerima ancaman daripada Singapura?

RAJA RASHID: Pertama kita mempunyai tentera yang berpengalaman luas, terlatih dan mempunyai tradisi daya juang tinggi, walaupun usia ATM agak muda.

ATM menerima pendedahan yang banyak di peringkat antarabangsa seperti operasi pengaman di Kongo, Namibia, Somalia, Kemboja dan Bosnia. Rekod daya juang kita juga mereka segan seperti menentang tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua, konfrontasi dan menangani ancaman pengganas komunis. Askar Melayu sendiri bermandi darah mempertahankan Singapura suatu masa dulu.

Keberanian dan kemahiran itu diwarisi oleh generasi tentera yang baru. Berdasarkan pengamatan dan pengalaman melihat prestasi semasa latihan dengan negara-negara lain termasuk negara maju, kita mempunyai juruterbang pejuang yang cekap, kreatif dan berani. Kalau ada peluang air to air combat, mereka pasti cemerlang dan bertindak nekad serta bijak.

Begitu juga tentera laut. Dalam tentera darat pula tradisi keberanian itu terus dipertahankan termasuk di peringkat antarabangsa. Tentera kita dengan corak latihan dan persenjataan yang berbeza dengan AS, masih mampu membantu menyelamatkan tentera AS yang terkepung di Somalia. Jeneral AS sendiri menyatakan kekaguman mereka dengan keberanian tentera kita.

Jangan lupa faktor rakyat kita. Saya tidak ragu-ragu bahawa rakyat tanpa mengira perbezaan kaum atau berlainan politik akan bangkit dan bersatu mempertahankan tanah air ini. Pengalaman dan latar belakang perjuangan rakyat negara ini jangan diperkecilkan termasuk kemungkinan menghadapi tempoh peperangan yang panjang.

Pandura (Pandu Arah – Pathfinder) Komando PASKAU

Selain persenjataan apa lagi kelebihan Singapura?

RAJA RASHID: Kelebihan Singapura ialah dari segi sistem melaksanakan segala pembelian dan rancangan pembelian senjata dan peralatan.

Singapura tidak banyak menyatakan perancangan hadapan dari segi pembelian tetapi apabila mereka merancang sesuatu mereka akan melaksanakan secepat mungkin. Pada saya, itu satu kekuatan.

Singapura menyaksikan perkembangan pesat dalam semua aspek pertahanan sejak melaksanakan gagasan Total Defence.

RAJA RASHID: Singapura mempunyai dasar pertahanan yang baik. Konsep Total Defence, satu konsep menyeluruh dengan satu kordinasi yang merangkumi jabatan-jabatan kerajaan dan kumpulan swasta yang strategik. Contohnya ialah cara mereka menyediakan shelter atau tempat perlindungan perang untuk orang awam. Mereka gunakan terowong-terowong kereta api bawah tanah dan buat hospital kepunyaan kerajaan yang mempunyai kemudahan perlindungan. Ada jalan raya dibina selurus-lurus dan sebesar-besar serta landasan di tengah-tengah jalan itu boleh diubah untuk menjadi landing zone alternatif.Mereka sangat bergantung kepada kekuatan air power atau kuasa udara maka kemudahan dan pergerakan aset tentera udara cukup penting.Dengan kata lain, apa sahaja pembangunan yang ada dimasukkan elemen pertahanan.

Maknanya masyarakat Singapura mempunyai satu orientasi keselamatan yang baik berdasarkan pelbagai faktor termasuk mentaliti fortress dan rasa curiga terhadap negara jiran.Keadaan itu mudah dicorakkan kerana saiz masyarakatnya yang kecil dan sifat sebagai pulau bandar raya yang moden. Kita di Malaysia, sukar berbuat demikian kerana mempunyai geografi yang luas dan penduduk yang berselerak. Lagipun kita tidak pernah rasa terancam dengan negara jiran termasuk Singapura.

18-Skuadron F-18D Hornet Tentera Udara DiRaja Malaysia

11-Skuadron Sukhoi Su-30MKM Tentera Udara DiRaja Malaysia

Bagaimana dengan kemudahan dan aset tentera Singapura di beberapa negara bagi tujuan latihan, yang boleh digunakan untuk percaturan strategi bila terdesak?

RAJA RASHID: Itu terserah kepada bacaan strategi sesiapa sahaja.Saya percaya kita telah mengambil kira semua aspek dalam membuat penilaian terhadap kekuatan Singapura.Kita lebih suka mengandaikan bahawa aset-aset tersebut adalah untuk tujuan latihan kerana Singapura menghadapi masalah mengadakan latihan kerana saiznya yang kecil.Misalnya, tentera udara yang menjadi asas pertahanannya memerlukan latihan yang banyak dan kerap tetapi ruang angkasa mereka terhad. Jadi mereka terpaksa membuat latihan udara, tembakan meriam, kereta kebal dan infantri di luar negara seperti AS, Australia, Taiwan, Thailand, Indonesia dan Brunei.Bagi tujuan itu, di AS dan Australia misalnya ada pesawat pejuang Singapura.

Sejauh manakah kemungkinan tercetusnya perang antara kedua-dua negara.

PANGLIMA HITAM

RAJA RASHID: Kemungkinannya amat kecil selagi dalam rangka hubungan diplomatik yang baik kerana itu mampu membendung provokasi bertukar menjadi konfrontasi.Kalau tercetus peperangan bukan kita sahaja yang menerima akibatnya malah mereka juga.

Tidak ada untung pada mana-mana pihak malah lebih rugi. Ini disebabkan rakyat dan pemimpin kedua-dua negara ini telah membentuk dan membina negara masing-masing dengan cemerlang, taraf hidup yang baik selain mempunyai hubungan kuat di peringkat rakyat.

Walau apa sekalipun alasan, tidak harus sampai menggunakan kekerasan. Semua perkara boleh dirunding termasuk isu air. Malaysia tidak akan gunakan air sebagai senjata, itu tidak berperikemanusiaan dan bukan pun tindakan yang bijak. Kalau hendak lakukan, boleh dilakukan dulu lagi. Lagipun Singapura sedang dan boleh mendapatkan air dari sumber lain. Hubungan ketenteraan dengan Singapura juga sentiasa baik. Sebab kita dalam kelompok ASEAN dan Peraturan Pertahanan Lima Negara atau FPDA (yang turut dianggotai oleh United Kingdom, New Zealand dan Australia). Singapura harus berfikir banyak kali sebelum bertindak sedemikian kerana mereka mungkin menanggung kerugian lebih besar. Lagipun Singapura memerlukan kita lebih daripada kita memerlukannya.

Jadi jangan takut kepada Singapura. Jika berlaku apa-apa, percayalah kita sudah bersedia dengan rahsia kekuatan kita. Tetapi pada saya, orang yang putus akal sahaja yang hendak berperang.

MBT Pendekar!

 

Biar apa pun yang orang tuduh ATM dengan berbagai-bagai cemuhan dan caci maki, cuba kita fikir balik siang dan malam kita selamat ke tak? Mudah tak kita nak ke sana ke mari? Mudah tak kita nak keluar mencari rezeki? Disebalik kesenangan dan kemewahan yang kita kecapi, korang ada fikir sape disebalik semua ni? Tepuk dada tanyalah hati.

Posted in angkatan tentera malaysia, inspirasi, military | 6 Comments

Yahh… “ADA BERANI” macam dia?

Aku tahu rata-rata yang baca atau terbaca blog ni mesti benci KJ kan? Hahahaha. Tak pe la, itu pendapat masing-masing.  Walau macam-macam kontroversi yang dia hadapi, tapi bagi aku dia sorang yang berani, hebat dan berkarisma. Memang manusia tak lari dari buat salah dan silap, tapi manusia diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk baiki kesilapan dan kesalahan yang dibuat. Lagi teruk manusia yang bersifat ignorance atau bodoh sombong yang dah semestinya Allah beri peluang untuk baiki kesilapan dan kesalahan tapi sombong jugak untuk mohon ampun dari Allah salah silap dia. Bagi aku KJ ni at least dia sedar salah silap dia sebelum ni dan dia cepat pulang ke pangkal jalan. Good job YB!

Post ni bukan motif politik. Agak terkejut jugak aku dapat tahu yang dia berjaya memperoleh SAYAP PENERJUNAN TAHAP 1 dari Tentera Darat Malaysia. Lagi aku bertambah salute dengan KJ ni bila dia secara sukarela masuk Askar Wataniah (Rejimen AW 508) dan jalani latihan selama kurang lebih 3 bulan dan baru-baru ni iaitu hari khamis minggu lepas dia berjaya perolehi sayap penerjunan pertama. Lagi aku bertambah salute pada KJ ni. Mana ada ahli parlimen dalam Malaysia ni se-berani KJ? Berani sembang macam takde langit & guruh ramai laaa!!! Pada pendapat aku, dia patut diberi peluang pimpin orang muda dan mana ada pemimpin muda macam dia berani masuk AW dan sanggup susah payah dapatkan sayap terjun?! Pemimpin muda pandai sembang kuat ada laaa!! Chaiitttt!!

KJ merupakan penerjun pertama yang terjun keluar dari pesawat TUDM CN-235

KJ in action!

KJ again. In action!

Ok. Cerita pasal KJ dapat sayap penerjunan ni bermula bila dia ditawarkan untuk melanjutkan kursus AW ke peringkat pegawai. Tapi KJ ni taknak amek lagi kursus pegawai tapi dia pilih kursus asas payung terjun. Perlu diingat, KJ ni askar wataniah je beb!! Askar Wataniah adalah terdiri dari orang-orang awam je. Dan jarang-jarang anggota Wataniah diberi peluang untuk masuk ke kursus payung terjun ni dimana kursus-kursus ni hanya diberi kepada anggota sepenuh masa Tentera Darat je. Dia diberi kebenaran bersama seorang lagi anggota Wataniah iaitu seorang cikgu untuk menjalani kursus asas payung terjun di PULPAK (Pusat Latihan Peperangan Khas) atau  nama dalam Bahasa Inggeris nya Special Warfare Training Centre. Nak taw apa tu PULPAK usha kat sini. Dan untuk info sape yang tak tahu, kursus payung terjun ni hanya dijalani oleh anggota-anggota komando GGK, PASKAU & PASKAL serta anggota-anggota PARA dan para juruterbang TUDM saja. Bukan calang-calang orang boleh masuk kursus ni. Dan PULPAK ni adalah salah satu cawangan latihan di bawah pentadbiran Rejimen Gerak Khas (RGK – sebuah rejimen komando di bawah TD).

KJ lepas touch down ground.

Sedang lipat semula payung terjun

Selesai lipat payung terjun. Berlari bawa beg payung terjun menuju ke checkpoint.

Selama 5 minggu KJ jalani kursus payung terjun di PULPAK bersama anggota-anggota tentera regular yang rata-ratanya terdiri dari komando GGK! Makin aku salute KJ ni bila tengok foto-foto dia. Sebab apa? Salah satunya adalah dia dah banyak berubah. Jadi lebih humble, bertambah disiplin. Selalunya orang yang dah masuk tentera ni dengan sukarela diri dia, memang dia akan latih diri dia supaya berdisiplin dan patuh pada arahan. Ciri-ciri ni sikit sebanyak dah ada pada KJ dan akan terbawa-bawa masa di luar kem pun!

Berlari untuk ke checkpoint membawa beg payung terjun.

Sampai ke checkpoint. Tanggalkan beg payung terjun

Mana Ahli Parlimen boleh jadi macam dia sanggup buang ego masuk Askar Wataniah secara rela diri?!

Ahli Parlimen mana boleh buat macam dia sanggup korbankan ego YANG MAHA TEBAL tu semata-mata nak masuk Wataniah SECARA RELA DIRI? Takde sorang pon ahli parlimen yang berani beb!! Aku berani cakap! Tak de sorang pon melainkan KJ je. Kebanyakan ahli parlimen yang muda-muda tu cakap macam taik ramai la.

Yang aku respek KJ ni, dia sangggup buang ego dia untuk terima latihan ketenteraan demi untuk mendalami macam mana kerja sorang anggota tentera. Aku harap KJ lepas ni bela nasib anggota tentera dengan lebih baik lagi. Ini harapan aku. Kita ni orang biasa belum mampu beb nak jadi macam KJ ni. Sanggup ke korang dengan suka dan rela di aras 1000 meter keluar dari perut kapal terbang terjun?! Hahaha.. Kalau tanya aku pun aku tak sanggup. Tapi sape tahu kan kalau diberi rezeki satu hari nanti.

Hahaha… Dan ada troll yang agak tak suka pada KJ komen di facebook aku. Agak kesian pada orang macam ni. Belajar bukan main tinggi. Agaknya bakal doktor laa kot. Kesian jugak orang macam ni masih tak faham apa tu erti keamanan dan patriotisme. Ok lah, erti patriotik tu memang luas. Aku tak nafikan. Masuk tentera bukan satu-satunya cabang untuk terjemahkan semangat patriotik. Memang banyak lagi cara untuk menterjemahkan semangat patriotik ni. Tapi bila budak tu kata KJ buat terjunan sebagai memenuhi gimik  lakonan yang bakal dilakonkan beliau iaitu drama Beret Hijau itu aku tak dapat terima. Betapa ceteknya pemikiran budak ni. Dia ingat nak terjun ni macam terjun sungai kot. Terjunan dari udara ni melibatkan nyawa, sama ada masih hidup dan selamat mendarat atau mati akibat salah prosedur penerjunan. Ini laa contoh orang Melayu yang tak sedar diri dek untung.

KJ dah lakukan 8 penerjunan dari udara dan sebanyak 3 kali dia adalah orang yang pertama lakukan penerjunan dengan 2 kali menggunakan full equipment! Bukan senang beb orang yang bukan dari background tentera jadi penerjun pertama! KJ dah buktikan yang dia boleh buat! Kita macam mana pulak? Sanggup ke kita buat, at least masuk askar wataniah?

 

Posted in inspirasi, military | 6 Comments

Dah lama tak macam dulu…..

Hmmmm…. Melankolik sikit laaa post yang ni. AMARAN AWAL.Kalau sape rasa bosan, boley laa klik ‘x’ kat hujung atas kanan tu.

Kadang-kadang aku terpikir kenapa kejap je boleh happy-happy dengan kawan-kawan Wangsa Murni ni. Bukan tak happy skang, happy jugak. Tapi tak macam dulu, boley lepak sekali kat mamak malam-malam bila masing-masing balik keje sampai 3 pagi, 4 pagi. Padahal esok masing-masing keje atau pegi kelas pukul 8 atau 9 pagi.

Semenjak masing-masing dah sibuk dengan keja & belajar, susah satu isi rumah nak gather semua sekali duduk lepak di mamak Bidayah dekat rumah tu borak-borak ke, kutuk sesama sendiri ke… Hahahaa…. Walaupun aku duduk Wangsa Murni baru setahun tapi macam-macam dah aku lalui dengan budak-budak ni. Memang best la time tu. Time semua orang still xsibuk, time Wan still keje kat KL lagi, time Ejat still keje kat Wangsa Delima lagi, time Saffiq pon tak brapa busy lagi, senang cite time tu kalau busy keje atau belajar pon, boley lagi lepak kat mamak Bidayah tu sampai berembun.

Tadi aku ajak Shah dengan Saffiq pegi minum-minum kat Bidayah tu. Memang lama la dah jarang-jarang gather macam tu pastu borak-borak sampai pukul 3:30AM. Bukan dirumah xleh lepak sambil borak-borak macam tu, mungkin bila gather di luar walaupun tinggal satu rumah lagi best borak-borak kot. Ye la, bila di rumah semua ada privacy sendiri kan…

Tadi bila dapat lepak dengan Shah & Saffiq, diorang cite kisah masa zaman kolej diorang di MMC dulu walau cite ni dah berulang banyak-banyak kali tapi aku tak bosan dengar cite dari diorang ni. Cite susah senang sama-sama. Perghhhh… Aku memang salute laa diorang ni. Aku rasa aku pon tak dapat buat macam diorang. Susah, susah sesama. Senang pon senang sesama. Aku tak pernah dengar lagi citer-citer macam ni di abad ni. Memang aku salute laa… Aku tak tipu kalau korang dengar memang menitik air mata beb…  Pengalaman lampau diorang dulu laa jadikan kawan-kawan aku ni antara orang-orang yang hebat bila diorang dah bekerja skang. Memang aku salute. Teringat dulu-dulu masa 1st time diorang ajak lepak kat Bidayah tu. Aku senyap je. Maklum laa tak kenal semua isi rumah lagi masa tu. Sampai kena bahan dengan budak-budak ni baru berani bukak mulut. Bukan tak berani tapi segan laa.. Kalau skang, Bidayah tu kalau tak jadi tempat kitorang gelak kuat-kuat tak sah laa.. Hahaha…..

Tapi tu dulu laaa… Aku harap sekali dalam sebulan ke dapat gather macam dulu-dulu sambil borak-borak & kutuk sesama sendiri. Cuma post aku taip ni je laa yang boley ingatkan aku tentang dan harap jugak budak-budak Wangsa Murni kisah 1st time duduk Wangsa Murni ni. Setahun ni yang aku rasa amat bermakna. Berpeluang kenal dengan Wangsa Murni…..

Posted in home sweet home, wangsa murni | Leave a comment

Dah lama nak cerita ni….. (Part 1)

PART 1 – JALAN WANGSA MURNI, TAMAN WANGSA MELAWATI…..

Hmm.. Menarik kan title post kali ni? Bunyi macam gosip kan? Hahhahaha~~~

Sebenarnya bukan gosip laa weii…. Memang aku nak cerita pun. Post kali ni aku nak dedicate untuk budak-budak Wangsa Murni yang terchenta~~~

Tak semua ada dalam gambar time ni. Yang takde nabil & ejat. Ejat tengah snap gambar ni.

Yahhh… dah setahun aku duduk rumah ni. Tapi aku bukan antara yang mula-mula masuk. Tapi yang masuk bersilih ganti keluar. Lepas tu ada baru yang masuk.  Paling latest fendy, wan dan ejat pindah dari rumah ni sebab mudah untuk diorang ulang-alik dari tempat kerja diorang, tapi fendy dengan ejat still kitorang contact, cuma Wan susah sikit sebab dia masuk rekrut polis. Bulan 6 ni baru dia tamat rekrut. Aku harap takde sape dah la keluar rumah ni. Aku anggap macam adik-beradik aku kawan-kawan ni. Ye laa, kadang-kadang ada masalah tak sefahaman tapi biasa laa boleh diselesaikan elok-elok kan? Biasa laa tu, asam garam.

Sepanjang duduk Wangsa Murni, banyak suka duka laaa kitorang hadapi. Benda yang tak best biar laa rahsia. Mana ada benda dalam hidup kita ceria selalu je kan…. Tapi setakat ni aku enjoy dengan kawan-kawan Wangsa Murni ni. Walau baru setahun kenal, anggap macam dah lama je kenal. Hehehe……. Ada antara budak-budak rumah ni dah kenal satu sama lain semenjak diorang di kolej MMC lagi. So, diorang memang rapat la. Seronok tengok kawan-kawan rapat antara satu sama lain.

Karaoke. Event yang dah biasa dah di Wangsa Murni. Tapi sekarang agak slow laa nak karaoke ni semenjak takde nye ejat dengan wan. Masing-masing pon da agak sibuk dengan keje & belajar. Macam aku pun dah semester last ni. Sibuk dengan FYP & assignment dengan test skang ni. Slow sket la nak bersosial ke Wangsa Walk ni. Masa tahun lepas, boley kata dalam seminggu, 2 atau 3 kali ke Wangsa Walk.

Dalam setahun ni, rumah ni agak complete dengan perabot masing-masing. Kira selesa la bila balik kelas atau dari kampus nak rest. Itu salah satu sebab kenapa aku tak nak duduk hostel dah. Aku nak duduk rumah sendiri, bila balik kelas je boley buat apa aku suka. Takde sape nak ganggu privacy aku. Tenang je nak study ke ape ke.

Masa pegi Sg. Gabai. Ada tak cukup korum lagi ni. Zai xde.  Bad yang snap gambar ni.

pakai baju merah tu laa wan. baju kelabu tu ejat.

malam bbq di wangsa murni. Gambar kredit dekat bobot.

Dalam setaun ni, last event Wangsa Murni buat pegi mandi air terjun & BBQ sempena Wan keluar dari rumah sebab nak masuk polis. Kenangan terakhir dengan Wan bila dia gerak semua orang bagi tahu yang dia dah nak balik Muar. Kitorang sume bangun dari tidur pegi ke pintu. Aku tengok dia start motor pastu angkat tangan & cakap terima kasih sebab raikan dia malam semalam tu & mintak maaf kalau ada apa-apa salah kat kitorang then keluar dari gate rumah tinggalkan Wangsa Murni. Lepas tu masing-masing diam dan termenung….

Posted in home sweet home | Leave a comment

Haihh… Babiiii….

Hahaha… Tajuk di atas tu bukan nak mencarut ke ape. Babi kan sejenis binatang. Nak panggil dia apa? Mesti laa panggil dia babi kan.. hehehe. ;p

Hari Selasa semalam cuti umum sempena Maulidur Rasul, jadi yueyue ajak sesangat aku pegi OU, makan-makan di Seoul Garden. Aku xde hal, ok je. Sampai di OU pukul 1pm, cari parking dekat setengah jam, last-last bantaiii je park kete tak proper. Dah macam orang gila cari parking je..

Kejap… Macam dah lari tajuk pulak dah.. hahaha.. Alahh… Layan jerr laa cite ni dulu.. ;p

Masuk je Seoul Garden ramai gilaa orang. Maklum laa arini cuti umum. Jadi kena waiting list dulu. Waiting list pulak dekat sejam lagi. Perut masing-masing dah lerr kosong tak makan apa-apa lagi. Lepas sejam baru dapat tempat. Apa lagi makan sampai tak ingat laaa.. Bak kata yueyue makan sampai meninggal. Tak leh blahh ayat. Ngahaha~~~

Duduk makan di Seoul Garden OU ni je dekat 2 jam setengah. Lepas makan je memang macam dah nak pengsan lerr rasa. Lepas tu menuju ke Pets Wonderland OU nak beli rumah baru untuk hamster yueyue, bebe + aku nak beli sekor lagi hamster betina buat teman bebe yang kesunyian tu. Jalan-jalan masuk dalam petshop tu, aku tak bleh nak concentrate sangat nak cari barang-barang hamster tu. Perut full gila kot + aku nak masuk dalam keta cepat-cepat tak dapat nak berjalan dah sebab perut full sangat!!! Ngahahahah!!!! Memang petshop tu banyak choice, tapi aku prefer nak ke petshop dekat Wangsa Walk je sebab dah biasa beli barang-barang hamster di situ. Pergi beli dekat Wangsa Walk, sekali harga rumah tu sama laaa dengan petshop kat OU. Kalau aku taw, beli di OU lagi best.

Xpe la. Tinggal bab hamster tu. Jadi, aku ngan yueyue blahh dari OU nak pegi Wangsa Walk pulak. Tengok jam baru pukul 5:30 pm. Awal lagi kalau nak ke Wangsa Walk. Aku ajak yueyue ke Lookout Point Ampang tengok sunset jap dulu baru ke Wangsa Walk lepas tu. Pertengahan jalan dekat Kepong tetibe ujan lebat yang amat. Pikir balik camne nak ke Lookout Point tu, kat Kepong pon da ujan. Sampai di Batu Caves, sekali ujan da brenti. Langit cerah je sampai ke Wangsa Maju. Ada chance laa nak ke Lookout Point tu. Jalan nak ke Lookout Point tu pon aku ingat tak ingat je. Last time pegi pon masa pegi mandi air panas ngan bebudak kelas, tu pon da malam time tu. Ingat tak ingat je jalan.

Aku pon masuk ke simpang bertentangan Hospital Ampang Puteri. Macam konfiden je drive jalan ingat betul laa tu. Seingat aku kalau nak ke Lookout Point Ampang tu mesti lalu depan Ampang Point, cari punya cari Ampang Point tak jumpa. Memang konfem dah sesat. Tak pe laa, aku drive je tengah pikir nak pusing balik ke tak. Ntah kenapa aku macam nak drive terus je sampai ke hujung. Plan nak ke Lookout Point dah cancel. Aku ngan yueyue jalan-jalan makan angin kat taman-taman perumahan situ.

Bukan jalan-jalan je. Tetiba tertarik pulak dengan kawasan perumahan kat situ. Terletak atas bukit, keliling dia hutan je. Ada golf course kat situ. Rasa-rasanya dalam Kelab Darul Ehsan kot. Apartmen-apartmen kat atas bukit tu memang style walaupon macam dah lama. Mungkin sebab kawasan dia tenang, atas bukit & tepi hutan. Memang best laa..  Nama kawasan tu kalau tak salah Taman Tun Abdul Razak (Taman TAR) Ampang. Saja-saja drive nak tengok kawasan kat situ, kiri kanan aku tengok ada orang joging, naik basikal, pendek kata orang buat aktiviti riadah la. Pelik jugak aku orang beriadah atas bukit. Tapi tak pe la, may be memang port baik untuk beriadah kot aku pikir. Sampai kat satu kawasan atas bukit tu, aku tengok ramai gila orang berenti lepak kat situ. Orang berenti sebab ada tarikan beruk kat situ. Beruk-beruk kat situ pulak besar-besar & aku rasa berpuluh-puluh ekor jugak la.

Aku park keta belakang sikit dari tempat ramai orang lepak tu. Saja je aku ajak yueyue jalan-jalan kat situ sebab aku tengok ramai je orang kat situ. Sekali aku tertarik nape laa ramai orang kerumun kat sebelah jalan sana. Rupa-rupanya….

….. Diorang tengah bagi makan babi…. =)

Memang menarik laa tempat ni. Dah macam safari pulak aku rasa. Tetiba terpikir takde ke si kancil, kijang, harimau kumbang ke atau apa-apa je binatang dari hutan tu turun nak makan.

Tengok hutan dia pon memang tebal beb! Sesuai laa banyak babi hutan kat tempat tu. Dah tu jinak bukan main lagi. Aku tengok ada committee yang jaga kawasan tempat bagi makan babi hutan & beruk kat situ. Dah tu diorang siap boley buat platform bersimen lagi untuk bagi makan babi hutan kat situ. Lagi pon beruk-beruk di situ jinak-jinak jugak. Tak de kacau orang sangat.

Aku kira ada 3 kumpulan babi hutan ni. Masing-masing memang ikut cakap ketua kumpulan diorang. Sekali ketua kumpulan panggil balik, diorang pun blahh.. Pastu datang kumpulan lain pulak makan. Memang teratur & berdisiplin betul. Beruk-beruk kat sini pulak memang banyak. Ada berpuluh-puluh ekor jugak. Memang kawasan hutan sini tempat haiwan liar. Best jugak kalau sesekali datang bersantai ke sini. Ini 1st time aku jumpa tempat di KL ala-ala safari ni. Hehehe…

Haa.. Aku ada amek video jugak. Tengok lerrr….

So, chaww dulu la! Jumpe next post! =)

Posted in jalan-jalan, makan-makan | 6 Comments

Salam Maulidur Rasul untuk kawan-kawan~~ =)

As-salam kawan-kawan… =)

Hari ni selasa bersamaan dengan 12 Rabiulawal 1432 Hijrah. Hari keputeraan junjungan besar pemimpin yang paling unggul, Nabi Muhammad S.A.W. Jadi, hari ni adalah hari cuti umum untuk sebahagian besar negeri-negeri di Malaysia. Jadi, UniKL-BMI pun cuti sekali laa kan….

Hmmm… Post ni takde yang menarik pun, cuma aku nak ingat balik apa yang aku dah buat untuk semester ni. Sekarang ni dah masuk minggu ke-6 dalam kalendar akademik UniKL. Maksudnya ada 8 minggu lagi untuk present FYP aku. Hmmm…. So far aku rasa ok kot. Tak leh nak cakap banyak pasal perkembangan projek aku tu. Mesti ada yang nak tau tajuk kan?? Hahaahaha… OK lah. Tajuk FYP aku tu NEW GENERATION ATTENDANCE SYSTEM USING RFID.

Ngahahaahah~ Takde kena mengena langsung gambar kat atas dengan projek aku.. ;p

Macam aku tulis kat atas tu, aku tak nak cite sangat progress projek aku ni. Kalau sikit-sikit tu boley laaa.. Hehehe.. Nanti kalau siap aku masukkan kat blog ni.

Aku harap sebelum minggu ke-10 aku dah siapkan laa projek ni pastu dah boley siapkan thesis pulak. Ok la, wish me luck ok kawan-kawan!🙂

Posted in study | Leave a comment