HARI TERBUKA TUDM Kuantan

PILOT & GROUND CREW 17/19 SQN., PANGKALAN UDARA TUDM KUANTAN

Yeah! Sambil study tadi teringat pasal HARI TERBUKA TUDM KUANTAN yang bakal diadakan genap sebulan dari sekarang. Butir-butir tentang hari terbuka tu macam di bawah ni:

TEMPAT:     Pangkalan Udara TUDM Kuantan.

MASA     :      9.00 AM ~ 5.00 PM

TARIKH:      12/3/2011 (SABTU)

Korang nak tahu lebih lanjut klik sini.

Aku memang nak pegi hari terbuka ni. Masa hari terbuka Pangkalan Udara TUDM Butterworth tahun lepas aku pergi. First time PU Butterworth buka pada orang awam selepas beberapa tahun ditutup untuk orang awam masuk. Klik sini kalau nak tengok album foto masa di hari terbuka PU Butterworth. Memang best beb pegi hari terbuka TUDM ataupun mana-mana hari terbuka TLDM atau TD ni. Boleh tengok dari dekat aset-aset tentera yang bercorak defensif atau ofensif milik ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ni.

Aku dapat info dari kawan-kawan yang hari terbuka PU Kuantan ni nanti akan ada pertunjukan dari Team Aerobatik TUDM, SMOKEY BANDITS. Gempak jugak laa team aerobatik ni beb! Satu-satunya team aerobatik dalam TUDM ni. Ada jugak pendapat yang kata team aerobatik ni ala-ala team aerobatik Tentera Udara Russia, Russian Knights!

Aku assure kat korang yang korang akan EXCITED GILA kalau pegi hari terbuka PU Kuantan ni nanti. Boleh laa tengok aset-aset ofensif dan defensif milik TUDM ni beb. Tak nak bebel panjang-panjang la, kalau sesape nak pegi nanti roger laa aku. InsyaAllah aku pun nak pegi nanti kalau tak ada apa-apa kerja dan try laa jugak cari masa nak pegi nanti. Nak tengok secara dekat aksi TEAM SMOKEY BANDITS ni dengan aset-aset paling hadapan dalam inventori TUDM mcm SU-30MKM, F-18D Hornet, MiG-29N/NUB, BaE HAWK & F-5 Tiger.

Ok, tengok laa foto-foto kat bawah ni aku sedut dari facebook page SMOKEY BANDITS ni.

p.s.: Semua foto dalam post ni dikreditkan kepada Team Smokey Bandits.

PILOT-PILOT 17/19 SQN MIG-29N/NUB

Barisan pilot-pilot TUDM MIG-29N/NUB

 

 

Advertisements
This entry was posted in event, military, tudm and tagged , . Bookmark the permalink.

2 Responses to HARI TERBUKA TUDM Kuantan

  1. Sebastian William says:

    Rindu siol!

  2. DaHLia says:

    teruja abis lah tengok gambar2 tu!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s