A-ha! Keluar paling awal!

Dah boleh agak tadi apa yang akan keluar untuk kuiz Innovation Management tadi. Yang bestnya keempat-empat budak Wangsa Murni keluar dulu beb! Bangga betol! Hahahhaha!!! =DD

Terima kasih kat BAD la sebab provide past year quiz paper S1’2010. Boleh kata 80% sama macam yang bad bagi tu!! 😀 Cuma sir ubah sikit-sikit je dekat soalan objektif, struktur dengan true and false. Apa pun aku target 80% ~ 95% betol. InsyaAllah.. Usaha pon dah sudah. Skang bertawakkal je la… =)

Yang keluar paling awal Bad dengan Farid laa… Zai keluar lepas diorang. Pastu baru aku. hehehe.. Aku tengok gelagat kawan-kawan lain macam-macam reaksi muka ada.  Tengok apek ahn, tengok khai, tengok syed afif, paling tak leh blah tengok alan depan aku. Ngahahhaha!!! Aku bukan fokus buat kuiz sangat pun, fokus tengok reaksi muka kawan-kawan sebab aku agak hafal la jugak jawapan-jawapan yang aku study dari soalan Bad bagi tu. Dah habis isi semua tempat kosong yang ada dalam kertas kuiz tu, aku double,triple,quadruple check. Hahaha!! Dekat nak keluar tu ada sorang perempuan sebelah aku tanya jawapan. Aku malas nak berkira bagi lerr jawapan die nak tu. Siap boley bagi tawu kat member depan dia lagi jawapan yang member dia bagi tu salah. Hehehe… =)

Keluar dari bilik lecture tu, terus aku carik bad, zai dengan farid terus kami choww balik umah wangsa murni sambil discuss pasal kuiz tadi dalam keta. Singgah dulu pegi kedai makan asam pedas di Wangsa Melawati beli nasik jap sebab tak makan lagi masa keluar pegi BMI.

Apa pun, boleh laa jawab kuiz tadi. Kuiz pon da setel. Layan dokumentari aku download pagi tadi dulu sambil rilek-rilek. Hehehe.. Ok la, jumpa di post yang lain pulak! =)

 

 

Posted in examination | 2 Comments

HARI TERBUKA TUDM Kuantan

PILOT & GROUND CREW 17/19 SQN., PANGKALAN UDARA TUDM KUANTAN

Yeah! Sambil study tadi teringat pasal HARI TERBUKA TUDM KUANTAN yang bakal diadakan genap sebulan dari sekarang. Butir-butir tentang hari terbuka tu macam di bawah ni:

TEMPAT:     Pangkalan Udara TUDM Kuantan.

MASA     :      9.00 AM ~ 5.00 PM

TARIKH:      12/3/2011 (SABTU)

Korang nak tahu lebih lanjut klik sini.

Aku memang nak pegi hari terbuka ni. Masa hari terbuka Pangkalan Udara TUDM Butterworth tahun lepas aku pergi. First time PU Butterworth buka pada orang awam selepas beberapa tahun ditutup untuk orang awam masuk. Klik sini kalau nak tengok album foto masa di hari terbuka PU Butterworth. Memang best beb pegi hari terbuka TUDM ataupun mana-mana hari terbuka TLDM atau TD ni. Boleh tengok dari dekat aset-aset tentera yang bercorak defensif atau ofensif milik ANGKATAN TENTERA MALAYSIA ni.

Aku dapat info dari kawan-kawan yang hari terbuka PU Kuantan ni nanti akan ada pertunjukan dari Team Aerobatik TUDM, SMOKEY BANDITS. Gempak jugak laa team aerobatik ni beb! Satu-satunya team aerobatik dalam TUDM ni. Ada jugak pendapat yang kata team aerobatik ni ala-ala team aerobatik Tentera Udara Russia, Russian Knights!

Aku assure kat korang yang korang akan EXCITED GILA kalau pegi hari terbuka PU Kuantan ni nanti. Boleh laa tengok aset-aset ofensif dan defensif milik TUDM ni beb. Tak nak bebel panjang-panjang la, kalau sesape nak pegi nanti roger laa aku. InsyaAllah aku pun nak pegi nanti kalau tak ada apa-apa kerja dan try laa jugak cari masa nak pegi nanti. Nak tengok secara dekat aksi TEAM SMOKEY BANDITS ni dengan aset-aset paling hadapan dalam inventori TUDM mcm SU-30MKM, F-18D Hornet, MiG-29N/NUB, BaE HAWK & F-5 Tiger.

Ok, tengok laa foto-foto kat bawah ni aku sedut dari facebook page SMOKEY BANDITS ni.

p.s.: Semua foto dalam post ni dikreditkan kepada Team Smokey Bandits.

PILOT-PILOT 17/19 SQN MIG-29N/NUB

Barisan pilot-pilot TUDM MIG-29N/NUB

 

 

Posted in event, military, tudm | Tagged , | 2 Comments

Woahh!! Goodluck kawan-kawan!!!

Yeahh! Bangun pagi terus blogging! Hehehe….. Bukan ape, sebab sebelum tidur semalam aku download dokumentari dari NatGeo, jadi aku tak shut down la laptop biar terbuka camtu je. Sekarang mood dokumentari laa… Haahaha..

Hari ni Sabtu. Pukul 3 petang ada kuiz Innovation Management. Hahaha… Mentol dalam gambar kat atas tu melambangkan Innovation laa tu.. Hahaha!!! =D

Ok, nak wish kawan-kawan yang bakal jawab kuiz hari ni good luck ok! 10 markah beb kuiz hari ni! Banyak tu! Soalan dia pulak dah macam soalan midterm test lagi. Ok la tak nak bebel panjang-panjang, nak mandi pastu study sikit lagi sebelum pegi jawab kuiz petang nanti. Sekali lagi, goodluck kawan-kawan semua! =)

Posted in examination | Tagged | 2 Comments

Hey! Welcome Dude!

sign

Yahh!!!

Welcome back to the blog world dude!!!

Hahahahahaha!!!! =D

Tanggal 12 – 2 – 2011 kurang lebey 5:15 AM aku launching blog nih!!!

Dah lama aku tinggal arena blogging.

Tetibe macam nak blogging balik.

Maybe masa tu tak tahu apa nak tulis kan.

So, kali ni aku nak santai je menulis.

Nak cerita tentang hidup seharian ni, kawan-kawan, sekeliling aku.

A-Ha!! Better lebih kepada santai dan isu-isu serius kadang-kadang!

Rasanya kena bukak buku balik ni tentang blogging. Maklum laa dah lama tinggal.

Hehehe…

Tamau laa melalut panjang-panjang.

Apa-apa pun tunggu next posting.

Chaww!!! =D

Posted in welcome | Tagged | 9 Comments